Sunday, October 31, 2010

Siapa itu Jabir B. Haiyan??

JABIR IBN HAIYAN

Latar belakang   


Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi), juga dikenali sebagai Geber oleh orang-orangBarat. Beliau juga digelar sebagai “Bapa Ilmu Kimia Moden”. Nama penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan.Beliau berasal dari Kufah, Iraq. Beliau bukan sahajaterkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia. Pada peringkat awalkerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki Vizier iaitu semasa zaman KhalifahAbbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam


Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukupterkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telahdiabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan denganalkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia. Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya.


Beliau juga telah memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen didunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmukimia moden. Beliau juga banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau mencurahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi, beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia.


Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisional dengankajian secara moden menerusi ekperimen dan makmal. Antara sumbangannya yang paling bermakna ialah kejayaan mencipta teori peleburan logam seperti raksa,pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan.

Disamping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia sepertialkali, (arab: al-qali) iaitu garam kalium untuk mebuat baja, sabun dan bahan kimia.Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalampenyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir dalam bidangeksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada tandingannya di dunia.

Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan MaxMayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimiadi Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.


Perkembangan Profesional
Apabila saya telah menjadi guru kelak, saya tidak akan melupakan perkara-perkara yang telah saya belajar di universiti dan akan mengaplikasikannya semasa mengajar terutamanya pengetahuan yang saya perolehi daripada kursus Information and Communication Technology in Chemistry seperti cara-cara menggunakan Microsoft Office Power Point, Simulasi, Camstudio, Blog dan banyak lagi . Saya akan menggunakan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah saya iaitu Pn. Asmayati Yahya untuk membantu saya semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Walaupun pada ketika itu saya telah menamatkan pengajian saya di universiti, namun saya tidak akan berhenti menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam ICT dan dalam perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kerjaya saya sebagai seorang guru. InsyaAllah, jika diberikan peluang saya akan menyambung pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi supaya saya dapat mencurahkan lebih banyak ilmu pengetahuan kepada anak didik saya dan menjadi guru yang cemerlang dari seluruh aspek.

Thursday, October 28, 2010

Cara Menggunakan Camstudio

Falsafah Pendidikanku

Falsafah Pendidikanku
Bidang perguruan penuh dengan pelbagai cabaran. Sebagai seorang bakal guru, kita harus bersiap sedia menghadapi cabaran tersebut. Diri ini ingin menjadi seperti buah kelapa yang gugur daripada pokoknya. Walau dimana sahaja ia tercampak, ia tetap boleh tumbuh dengan sendirinya. Sentiasa dapat menyesuaikan diri walau dimana sahaja ditempatkan. Tidak kira  di pedalaman mahupun di Bandar, kedua-duanya mempunyai cabaran tersendiri. Tidak akan berputus asa dalam menyebarkan ilmu kepada anak bangsa walau pelbagai dugaan yang akan diharungi. Sentiasa mengambil cabaran sebagai motivasi untuk menjadi guru yang cemerlang  bukan sahaja dari segi intelek bahkan dari segi sahsiah dan perkhidmatan yang bakal diberikan .

Thursday, October 21, 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Guru


Falsafah Pendidikan Guru

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."


Thursday, August 12, 2010

Bulan Ramadhan sudah menjelma..

sedihnya....nak balik kampung...huhuu
hari-hari sahur ngn roti... kalau sape2 ada makanan yang sedap2 anta la kat umah 3-6-4 eh...buat amal dalam bulan puasa ni...hehee Selamat Berpuasa...(^_^)